MADAC Lembu Perah (Mengeluarkan Susu)

Lembu Perah (Mengeluarkan Susu)


5. LEMBU PERAH (MENGELUARKAN SUSU):-

5.1 PEMAKANAN LEMBU PERAH
5.2 KESIHATAN LEMBU PERAH
5.3 TEMPAT REHAT ATAU PEDOK


lembu mengeluarkan susu adalah lembu yang mengeluarkan output daripada ladang, pada masa ini pemakanan adalah sangat penting untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan bekuantiti yang banyak.

Pengambilan makanan yang cukup segala vitamin, protin dan bahan asas yang lain adalah penting untuk mengelakkan lembu tersebut terdedah kepada penyakit.





5.1.PEMAKANAN LEMBU PERAH

  • Makanan lembu perah hendaklah seimbang supaya ia tidak berlebihan dan tidak kurang dalam sesuatu makanan yang di berikan.
  • Konsentrat yang diberikan hendaklah menpunyai nilai kandungan yang mencukupi.
  • Konsentrat yang bagus untuk pengeluaran susu yang optimun adalah yang mengandungi segala keperluan untuk menjaga tubuh badan, untuk pengeluaran dan untuk bunting selepas itu.





Contoh kosentrat yang berkualiti





5.2. KESIHATAN LEMBU PERAH

Lembu yang mengeluarakan susu hendaklah di beri perhatian, ini kerana pada masa ini lembu tersebut mengambil atau menukarkan vitamin-vitamin, kalsium dan sebagainya untuk dijadikan susu. Oleh itu lembu tersebut mudah terdedah kepada penyakit:

  • Milk fever
  • Foot rot ( kaki buruk kerana kekurangan kalsium)
  • Kekejangan kaki (kerana kekurangan kalsium)





5.3.TEMPAT REHAT LEMBU PERAH

  • Lembu yang mengeluarkan susu tidak digalakkan untuk berjalan jauh untuk mencari makan oleh demikian penternak haruslah memberi lembu tersebut makanan dan tempat rehat yang selesa untuk mengelakkan makanan dan air yang diambil dijadikan tenaga untuk bergerak dan ini mengurangkan pengeluaran susu.
  • Tempat rehat atau pedok haruslah dibuat untuk lembu tersebut ini.
  • Pedok tersebut hendaklah mempunyai bedding yang lembut dan mudah kering ini kerana untuk mengelakkan terjadinya foot rot, mastitis dan penyakit penafasan. Di bawah adalah pedok yang bersesuaian dengan lembu tenusu.







Contoh-contoh pedok