MADAC DEDAK LEMBU TENUSU

Lembu susu memerlukan pemakanan yang seimbang dari segi nutrisi untuk menampung keperluan tubuh badan dan juga penghasilan susu. Demi memenuhi kehendak penternak yang menginginkan lembu susu mereka mengeluarkan susu yang berkualiti pengeluaran yang stabil (consistency), MADAC mengeluarkan produk dedak khas untuk lembu tenusu dari peringkat anak, pembesaran sehinggalah ke peringkat perah susu & lembu kering. Dedak MADAC telah berada di pasaran sejak tahun 2012 lagi dan terbukti memberi impak yang ketara dari segi pengeluaran, kualiti dan juga penurunan kos makanan harian lembu.

DEDAK LEMBU SEDANG DIPERAH (LC01, LC02 & LC03)

Terdapat tiga jenis dedak untuk kegunaan lembu yang sedang diperah iaitu; Superior (LC01), Standard (LC02) & Dedak Tenusu SeMalaysia (LC03).

Dedak Lembu Tenusu (Superior)                             

 

 

Merupakan dedak tenusu yang tinggi kualiti diantara 3 jenis dedak yang ditawarkan. Mengandungi bahan-bahan mentah seperti soya, wheat pollard, PKE, Rice Brand, Calcium, Mineral dan bahan-bahan lain yang dicampur adukkan dan dijadikan dedak berbentuk mash. Kandungan crude protein pula mencecah sehingga 18-19%. Sesuai untuk kegunaan baka lembu jenis import. Harga pasaran (tidak termasuk penghantaran) adalah RM 60.00/50kg.

Kandungan Nutrien

 


Crude Protein

18% - 19%

Crude Fibre

min 5%

Crude Fat

max 9%

Moisture

max 12%

Ash

min 5%

Energy

12 - 13 MJ/KG

Calcium

0.8% - 1.2%

Phosporus

0.7% - 1.3%

TDN

75% - 85%

 

Dedak Lembu Tenusu (Standard)

 

 

Dedak Lembu Tenusu (Standard) adalah sesuai untuk kegunaan lembu susu tempatan. Hal ini kerana ia dirumus khas untuk menepati keperluan lembu tempatan yang mana kadar pengeluaran agak rendah berbanding lembu import. Harga pasaran (tidak termasuk penghantaran & GST) adalah (RM50.00/50kg)

Kandungan Nutrien

                
Crude Protein

15% - 16%

Crude Fibre

min 5%

Crude Fat

max 7%

Moisture

max 12%

Ash

min 5%

Energy

10 - 11 MJ/KG

Calcium

0.8% - 1.1%

Phosporus

0.7% - 1.2%

TDN

65% - 75%


Dedak Lembu Tenusu SeMalaysia (DTEM)



Dedak Tenusu SeMalaysia atau lebih dikenali DTEM/LC03 merupakan dedak yang murah harganya berbanding dengan pasaran dedak tenusu di Malaysia. Walaupun begitu, ini tidak bermakna kualiti yang ditawarkan adalah rendah kerana setelah berberapa kali feedback dijalankan, didapati produktiviti lembu ternakaan adalah memuaskan. Hal ini kerana dedak MADAC terkawal dari segi kualiti bahan mentahnya. Harga pasaran (termasuk penghantaran & tidak termasuk GST) adalah (RM48.00/50kg)

Kandungan Nutrien 

Crude Protein

15% - 18%

Crude Fibre

min 13%

Crude Fat

max 4 ½ %

Moisture

max 12%

Ash

min 5%

Energy

8 - 10 MJ/KG

Calcium

0.8% - 1.1%

Phosporus

0.7% - 1.2%

TDN

80% - 70%