MADAC Pengurusan Anak Cerai Susu (2-3 Bulan)

PENGURUSAN ANAK CERAI SUSU (2-3 BULAN)


2.1 PENGURUSAN ANAK CERAI SUSU:-

2.1.1 WEANING
2.1.2 PROSES WEANING
2.1.3 PEMAKANAN

2.2 PENGURUSAN WEANERS DAN YEARLING:-

2.2.1 WEANERS
2.2.2 YEARLING
2.2.3 PENGURUSAN
2.2.4 TIMBANGAN
2.2.5 PEMBERIAN UBAT CACING
2.2.6 DETICKING


2.1 PENGURUSAN ANAK CERAI SUSU WEANING (CERAI SUSU 2 – HAMPIR 1 tahun)


2.1.1 WEANING

Adalah  proses memberhentikan pemberian susu kepada anak lembu. Biasanya disebut “cerai susu”

2.1.2 PROSES WEANING

  • Diwaktu 2-3 bulan selepas kelahiran, rumen anak lembu  telah dapat  berfungsi untuk mencernakan dan  menghadamkan rumput atau dedak dan menukarkan kepada sumber tenaga, protin untuk pembersaran.
  • Pemberhentian susu boleh dilakukan diketika ini samada secara terus atau secara beransur-ansur (bermula 1 minggu sebelum proses cerai susu iaitu dengan mengurangkan kuantiti susu sedikit demi sedikit)
  • Bagaimanapun proses ini hanya di lakukan kepada anak yang mencapai berat badan yang sesuai (60-65 kg berat badan) dan kesihatan yang bagus.
  • 2 bulan pertama selepas cerai susu adalah waktu kritikal ini keranan berlakunya

 

  • Perubahan jenis makanan
  • Perubahan kandang atau perubahan persekitaran dan susun atur kandang

2.1.3 PERMAKANAN

  • Anak lembu membesar dengan lebih cepat ketika berumur di antara 3 – 18 bulan
Pemakanan yang seimbang dan mencukupi, rumput yang berkualiti, bahan kering (kosentrat) dengan nilai protin dan tenaga yang mencukupi perlu untuk mencapai kenaikan berat badan yang dikehendaki



Makanan untuk pembesaran lembu





2.2 PENGURUSAN UNTUK WEANERS DAN YEARLING

Weaners

  • Anak lembu berada diperingkat selepas cerai susu sehingga berumur hampir setahun (2 – 9 bulan)

Yearling

  • Kumpulan anak-anak lembu yang berumur dalam lingkungan setahun (10 – 16 bulan)

PENGURUSAN
Keperluan pengurusan bagi kumpulan ternakan ini akan tertumpu kepada

  • Keperluan ruang bagi setiap ekor apabila bertambah besar
  • Pertukaran rumusan makanan
  • Kesihatan ternakan

TIMBANGAN

  • Perlu dilakukan pada setiap bulan, rekod kenaikan berat badan dan lakukan perubahan pengurusan jika perlu.

PEMBERIAN UBAT CACING

  • Bebanan cacing yang tinggi akan memberikan kesan kesihatan kepada anak lembu. Ternakan akan lemah, kurus,              

 

berat badan turun, bulu yang kasar, selaput basah yang pucat,dan keadaan yang teruk akan mengalami “BOTTLE JAW

  • Jenis-jenis cacing terdiri dari CESTODA (PITA), TREMATODE (HATI), NEMATODE (GELANG)
Kawalanya dengan pemberian ubat cacing di lakukan pada umur 3 bulan dan berikutnya setiap 2 bulan.





Antara jenis ubat cacing

DETICKING (NYAH KUTU)

  • Weaners dan yearling perlu di dedahkan kepada kutu untuk menbina imuniti.
Semburan ubat perlu dilakukan mengikut sukatan dan selang masa yang tertentu









Contoh ubat untuk endo dan ekto parasit