MADAC PENGURUSAN LEMBU DARA

PENGURUSAN LEMBU DARA


3.1 LEMBU DARA:-

3.1.1 MAKANAN UNTUK LEMBU DARA
3.1.2 PUBERTY

3.2 PENGESANAN BERAHI LEMBU (HEAT):-

3.2.1 FAKTOR FISIOLOGI
3.2.2 TANDA-TANDA BIANG
     3.2.2.a TANDA PREMIER
     3.2.2.b TANDA SEKUNDER
3.2.3 MEMBAIKI KECEKAPAN PENGESANAN BIANG
3.2.4 TANDA-TANDA BIANG SKEMA PERMAKAHAN

3.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BIANG:-

3.3.1 SUSUN ATUR KANDANG
3.3.2 PENGELUARAN SUSU
3.3.3 PERMUKAAN LANTAI
3.3.4 MASALAH KUKU DAN KAKI REKOD

3.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BIANG

3.5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BIANG


3.1 LEMBU DARA

Lembu dara adalah lembu berumur lebih daripada setahun sehingga melahirkan anak.
Peringkat ini penting kerana ia menjadi stok gantian, jika ianya dapat di sediakan lebih awal  ( masuk ke dalam kumpulan laktasi ) ianya akan:

  • Meningkatkan tempoh dan bilangan laktasi
  • Menghasilkan bilangan anak yang lebih
Meningkatkan output ladang

 



Lembu dara

 

3.1.1 MAKANAN UNTUK LEMBU DARA

Pada masa ini permakanan adalah sangat penting untuk lembu tersebut, ini kerana makanan yang menpunyai kualiti yang sempurna adalah factor yang membantu membentuk organ-organ pembiakkan, organ-organ dalaman dan untuk tumbersaran lembu itu sendiri.



Lembu dara

 

3.1.2 PUBERTY
Umur atau masa di mana organ pembiakan telah berfungsi untuk pembiakan ( kitaran esterus bermula)

Umur

  • 9 – 24 bulan

Berat

  • Jersey friesian - 250 –300 kg
  • Friesian - 315kg
  • Mafriwal – 250kg

3.1.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PUBERITY

1-Persekitaran

  • Pemberian makanan yang berkualiti akan mempercepatkan kenaikan berat badan dan seterusnya akan mempercepatkan “purberty”
  • Memperkenalkan pengurusan sistem gerompok yang mempunyai berlainan  jantina dan pelbagai peringkat umur akan mempercepatkan “purberty”
  • Keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu atau tidak sesuai boleh menyebabkan stress kepada ternakan dan ini boleh melewatkan “purberty”

2-Faktor genetik

  • Jenis haiwan – Purberty berbeza mengikut jenis-jenis haiwan
  • Baka
  • I. Berbadan besar – lambat
  • II. Berbadan kecil – cepat
  • III. Baka tropical akan mencapai purberty lebihlambat daripada baka temperate
  • Inbreeding – akan melambatkan proses purberty ( matang )



Organ pembiakan lembu betina yang matang



3.2 PENGESANAN BERAHI LEMBU (HEAT)

  • Pengesanan biang dan kadar kelahiran adalah dua perkara penting yang menentukan jarak kelahiran.
  • Pengesanan biang kebiasaanya diukur melalui submission rate dan ianya berbeza bagi setiap kumpulan.
  • Perkara yang mempengaruhi biang adalah
  • Phyiological
  • Pengurusan
  • Alam sekitar


3.2.1 FAKTOR FISIOLOGI

  • Tempoh kitaran estrus 17 – 26 hari
  • Permulaan berahi biasanya ditunjukkan pada awal pagi dan lewat petang
  • Pusingan berahi ini di kawal oleh sistem endokrin dengan rembesan Follicle Stimulating Hormone (FSH) yang mengawal pembetukan folikel yang dominan dan akan mengeluarkan estrogen untuk estrus atau heat.


3.2.2 TANDA-TANDA BIANG

  • Tanda-tanda premier (utama)
  • Tanda-tanda sekunder (kedua)


3.2.2.a TANDA PREMIER

  • Berdiri tegak apabila di panjat oleh lembu atau bull ini adalah tanda yang paling tepat ‘on heat’.
  • Lembu yang bergerak dengan cepat apabila di panjat oleh lembu atau bull bukan di dalam keadaan sebenar ‘heat’


Dipanjat dan tidak bergerak

3.2.2.b TANDA SEKUNDER

  • Memanjat lembu lain
  • Lembu yang memanjat lembu lain berkemungkinan menghampiri estrus


Memanjat lembu lain

 

  • Keluar lendir jernih (discharge of mucus) yang terhasilkan diservik dan uterus ini adalah tanda-tanda yang baik yang menunjukkan lembu tersebut biang (heat)


  • Cecair Mucus

     

  • Menghidu vulva lembu lain, banyak berjalan, mengekori lembu lain dan membuat bising menandakan lembu tersebut menghampiri fasa esterus


  • Menghidu vulva lembu

     

  • Vulva yang membengkak dan kemerahan adalah kerana tindakan hormon estrogen meningkatkan pengaliran darah
  • Kesan darah di bahagian ekor atau vulva ini menunjukkan lembu ini perlu diberi perhatian 17-21 hari kemudian untuk kitaran berikutnya.
  •  

    3.2.3 MEMBAIKI KECEKAPAN PENGESANAN BIANG

    • Faktor yang penting memberi kesan kepada kecekapan pengesanan biang adalah melibatkan mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran dan mampu memberi komitmen yang tinggi
    • Waktu paling baik untuk menentukan lembu tersebut biang atau tidak adalah pada awal pagi dan lewat petang
    • Kadar pusingan ustrus  adalah 8-12 jam


    waktu-waktu heat dan untuk permanian beradas

     

    3.2.4 TANDA-TANDA BIANG

     



    Aktiviti-aktiviti perlu di perhatikan

     

    3.3 FAKTOR YANG MEMBERI KESAN KEPADA PERLAKUAN TERNAKAN YANG BIANG

    3.3.1 SUSUN ATUR KANDANG

    • Jika ruang terlalu sempit ‘stoking rate terlalu tinggi’ ternakan sukar menunjukkan tanda-tanda berahi

    3.3.2 PENGELUARAN SUSU

    • Lembu yang berpengeluaran tinggi menunjukkan tanda berahi yang kurang daripada ternakan yang kurang pengeluaran

     


    Ternakan yang padat dalam 1 kandang

     

    3.3.3 PERMUKAAN LANTAI

    • Lembu akan lebih suka dipanjat bila berada ditempat yang lembut seperti rumput, pasir atau bedding yang lembut berbanding di atas konkrit simen yang keras dan licin

                                                                 

    3.3.4MASALAH KUKU DAN   KAKI

    • Ternakan yang kurang baik atau tidak sihat tidak akan menunjukkan aktiviti memanjat dengan baik, ianya juga akan tidak bergerak ketika dipanjat kerana ia akan lebih sakit apabila bergerak dan ini boleh menyebabkan penternak  akan menganggap lembu tersebut berada dalam ‘standing heat’

     


    Footrot

     

    3.3.5 REKOD

    • Rekod individu ternakan adalah penting dan diselengarakan dengan baik. Rekod perlulah mengandungi maklumat seperti:
      I . No ternakan
      II . Laktasi
      III . Bilangan servis
      IV . Tterakhir dan lain-lain

     

    3.4 PROGRAM PENYELARASAN BERAHI LEMBU
    Program penyelarasan berahi ialah kaedah yang digunakan untuk menyelaraskan berahi ternakan seperti lembu, Ianya diselaraskan dengan menggunakan dengan alat silikon berbentuk Y yang dinamakan Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR 

    • Penyelarasan ini biasa digunakan oleh penternak yang mempunyai ternakan yang banyak dan ingin menyelaras atau menyamakan waktu bunting dan beranak ternakan. Kebiasaan ternakan yang mengunakan kaedah ini ialah lembu susu.
    • Kaedah mengesan kebuntingan dan memasukkan CIDR ke dalam uterus. Kaedah ini juga digunakan untuk mempercepatkan waktu berahi bagi ternakan yang telah matang contohnya bagi lembu antara 18 bulan hingga 24 bulan.
    • CIDR juga digunakan untuk mempercepatkan waktu untuk ibu ternakan yang telah beranak untuk waktu berahi.

     



    Alatan penyelarasan berahi lembu

     

    3.5 KAEDAH MELAKUKAN CIDR

    1-CIRD ialah yang berbentuk seperti huruf 'Y' dan dimasukkan kedalam vagina ternakan

     


    Cara menyediakan CIDR

     

    2- alat ini mengandungi hormon progesterone, hormon ini meransang ternakan untuk biang.Ia dibiarkan di dalam vagina ternakan selama seminggu.

    3-Selepas seminggu CIDR ditarik keluar dengan menarik wayar biru dengan sekali tarik.

     


    Dipanjat dan tidak bergerak

     



    Langkah untuk memasukkan CIDR

     

    4-Ternakan direhatkan selama 24 jam

    5-Selepas 24 jam, ternakan akan disuntik dengan 'cidirol injection' di bahagian leher dan ternakan dibiarkan selama 24 jam

     


    Tempat suntikan Cidirol


    Tempat suntikan Cidirol


    Tempat suntikan Cidirol