MADAC Company Background

6.PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT

6.1 Penyakit Lembu Tenusu
6.1.1Mastitis (Penyakit Ambing Susu)
6.1.1.1 Cara Mencegah Mastitis
6.1.2 Demam Kutu (Tick Fever)
6.1.3 Keguguran (Abortion)
6.1.4 Uri Tidak Keluar (Retained Placenta)
6.1.5 Kecacingan
6.1.6 Cirit Birit atau Najis Cair (Calf Scour)
6.1.7 Keracunan (Poisoned)
6.1.8 Tekanan atau Stress
6.1.9Kembung (Bloating)
6.2 Pencegahan Penyakit
6.3 Mineral Khas Untuk Lembu Tenusu

PENGENALAN

Penjagaan kesihatan lembu merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan ladang tenusu. Kebiasaannya, ladang tenusu terletak jauh dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Ini menyebabkan para penternak sukar untuk mendapatkan khidmat rawatan untuk lembu-lembu mereka. Kematian lembu disebabkan oleh jangkitan penyakit boleh dielakkan sekiranya penternak mengetahui cara-cara merawat lembu mereka. Kaedah rawatan sendiri ini merupakan rawatan pertolongan cemas atau First Aid kepada lembu yang sakit.

6.1 Penyakit Lembu Tenusu

Untuk pencegahan dan pengawalan penyakit lembu, penternak hendaklah mengamalkan Amalan Penternakan Yang Baik atau Good Animal Husbandry Practices (GAHP). Antara amalan GAHP adalah seperti berikut:

(a) Makanan seimbang (Balanced Ration) dan air bersih.
(b) Makanan berkualiti seperti rumput Taiwan Napier, galian dan vitamin.
(c) Suntikan vaksin dan pemeriksaan dara secara berjadual yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau doktor veterinar swasta.
(d) Kandang yang bersih untuk anak lembu dan lembu dewasa.
(e) Biosekuriti yang baik. Elakkan penyakit dari luar masuk ke kandang. Contohnya, Penyakit Kuku dan Mulut (FMD), Brucella (penyakit keguguran), batuk kering (Tuberculosis) dan lain-lain lagi.
(f) Mandi ubat kutu dan pemberian ubat cacing secara berjadual.


Gambarajah 3.1b: Lembu berpenyakit

Contoh penyakit lembu tenusu adalah seperti berikut:

(a) Mastitis (Penyakit Tetek)
(b) Demam Kutu (Tick Fever)
(c) Keguguran (Abortion)
(d) Uri Tidak Keluar (Retained Placenta)
(e) Cacing Perut
(f) Cacing Paru
(g) Cirit Birit atau Najis Cair (Calf Scour)
(h) Keracunan (Poisoned)
(i) Tekanan atau Stress Kembung (Bloating)


Gambarajah 3.1b: Lembu Sihat

6.1.1 Mastitis (Penyakit Ambing susu)

Kebiasaannya, penyakit ini berlaku disebabkan oleh kuman Staphylokokos atau Strepkokos (Coryne bacteria). Antara tanda-tanda lembu mastitis adalah seperti berikut:
(a) Bahagian Ambing susu dan sekelilingnya bengkak merah.
(b) Lembu akan rasa sakit apabila di sentuh untuk diperah dengan menggunakan tangan atau menolak cup mesin semasa perah.
(c) Susu yang diperah juga akan keluar seperti ketulan dan kadang kala bercampur darah.

Mastitis di sebabkan oleh

(a) Alat pemerahan kotor
(b) Teknik pemerahan salah
(c) Kekasaran semasa memerah



Gambarajah 3.1.1a: Ambing yang sihat



Gambarajah 3.1.1b: Ambing Susu Mastitis

6.1.1.1 Cara Mencegah Mastitis

Antara langkah pencegahan penyakit

(a) Lakukan Rapid Mastitis Test (RMT) setiap enam (6) bulan sekali untuk mengenalpasti tiada Sub Klinikal Mastitis.
(b) Asingkan lembu yang menghidap penyakit mastitis dan perah susunya akhir sekali dengan menggunakan tangan.
(c) Kandang dicuci sehingga bersih tiap-tiap hari sebelum perah susu dan letakkan kapur di atas lantai untuk dicucihama seminggu sekali atau gunakan spray untuk disinfect kawasan perah susu.
(d) Kandang dicuci sehingga bersih tiap-tiap hari sebelum perah susu dan letakkan kapur di atas lantai untuk dicucihama seminggu sekali atau gunakan spray untuk disinfect kawasan perahan susu.
(e) Beri makanan yang seimbang.
(f) Jangan campurkan susu mastitis dengan susu bersih. Susu mastitis dirawat dengan menggunakan antibiotik. Apabila susu mastitis telah dirawat dengan antibiotik, susu tersebut boleh diminum selepas 72 jam dari rawatan akhir.
(g) Gunakan tisu untuk mengelap tetek sehingga kering. Jangan gunakan tuala.
(h) Gunakan Idophor (Teat Deap) selepas pemerahan susu.


Gambarajah 3.1.1a: Rapid Mastitis Testing Kit


Gambarajah 3.1.1.1b: Ujian Strip Cup Untuk Mastitis


Gambarajah 3.1.1.1e: Teat Dip (Idophor) selepas pemerahan


Gambarajah 3.1.1c: Rawatan Mastitis Menggunakan Dry atau Wet Cow Antibiotic


Gambarajah 3.1.1.1d: Bahan Pencuci untuk mencuci kandang

6.1.2 Demam Kutu (Tick Fever)

Penyakit ini berlaku disebabkan oleh Kutu Babi yang menabawa Parasit Darah (Babesia atau Anaplasma) yang dibawa oleh kutu babi. Penyakit ini juga boleh menyababkan keguguran dan kemandulan pada ternakan

Tanda-tanda penyakit demam kutu:
(a) Kencing berwarna merah.
(b) Suhu badan tinggi.
(c) Lemah.
(d) Benafas dengan pantas.


Gambarajah 3.1.2a: Lembu Menghidap Demam Kutu


Gambarajah 3.1.2b: Lembu Sihat Tanpa Demam Kutu

Cara mengatasi penyakit demam kutu:


(a) Mandikan lembu dengan menggunakan ubat kutu seperti Tactik, Asuntol atau Bovinox.
(b) Suntikan Imizol atau Brenil diberi kepada lembu yang baru diimport dari luar negara untuk mengatasi demam kutu (Tick Fever).
(c) Banyak lembu import mati disebabkan Tick Fever dan tidak mengikuti “Amalan Penternakan Haiwan yang Baik” atau (GAHP).


Gambarajah 3.1.2c: Kutu Babi

6.1.3 Keguguran (Abortion)

Faktor-faktor berlakunya keguguran adalah seperti berikut:

(a) Salah satu sebab keguguran boleh berlaku adalah disebabkan oleh kuman Brucella abartos.
(b) Keguguran berlaku akibat daripada lembu jantan berkahwin (Natural Mating) dengan lembu betina yang sakit dan kemudian membawa kuman ke lembu betina yang bersih melalui zakar.
(c) Keguguran mekanikal boleh berlaku disebabkan terjatuh atau semasa di atas lori dimana lembu lain menanduk perutnya.

Tindakan yang harus diambil sekiranya berlaku keguguran:

(a) Lembu yang menghidap penyakit Brucella hendaklah disingkir dan dimusnahkan.
(b) Kapur atau bahan disinfectan hendaklah digunakan untuk membersihkan tempat keguguran berlaku.
(c) Vaksin berjadual hendaklah disuntik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) kepada semua lembu betina sahaja. Jangan suntik vaksin Brucella ke atas lembu jantan.


Gambarajah 3.1.3: Fetus Berusia 5-6 Bulan Di Atas Lantai Akibat Keguguran

6.1.5 Uri Lekat Atau Tidak Keluar (Retained Placenta)

Kebiasaannya, uri akan keluar dengan sendiri dalam satu
(1) hingga dua (2) jam selepas beranak. Jika uri tidak keluar dalam masa dua
(2) hari, penternak hendaklah memanggil doktor dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau doktor swasta yang mahir untuk keluarkan urinya. Untuk pertolongan cemas, rawat lembu dengan menggunakan Antibiotic (LA) Oxytetracyline. Contohnya, Terramycin. Dos pengambilan antibiotik yang disyorkan adalah seperti berikut:
(a) 10 kg berat badan lembu: suntik 1 millimeter (ml).
(b) 300 kg berat: suntik 30 milimeter (ml) secara IM atau (Intra Muscular) di dua kaki belakang. 15 milimeter (ml) untuk satu paha.

Potong uri yang tergantung. Tinggal uri 6 inci panjang dari bibir faraj. Selepas doktor mengeluarkan uri, beri makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Contohnya, gula merah, dedak dan rumput berkualiti.


Gambarajah 3.1.4: Uri Tergantung

6.1.6 Kecacingan

Cacing perut biasanya terdapat pada anak lembu. Tanda-tanda penyakit:
(a) Kurang nafsu makan
(b) Kurus
(c) Cirit-birit (najis cair)
(d) Perut buncit
(e) Bulu kasar
(f) Mati kalau tidak dirawat

Cara mengatasi penyakit cacing perut:
(a) Beri ubat cacing setiap tiga (3) bulan kepada semua anak lembu.
(b) Kandang anak lembu hendaklah dibersihkan setiap hari.
(c) Disinfect dengan menggunakan kapur untuk membunuh kuman atas lantai.
(d) Ubat Ivomictin disuntik di bawah kulit mengikut berat anak lembu untuk bunuh parasit dalam dan luar. Sila rujuk Jadual 3.4: Senarai Produk Dengan Cara- cara Penggunaan Yang Sesuai Bagi Merawat Penyakit Ruminan (Lembu)


Gambarajah 3.1.5: Anak Lembu Yang Kurus bulu kusut kerana masaalah bebanan cacing yang tinggi

6.1.7 Cirit Birit Atau Najis Cair (Calf Scour)

Penyakit ini biasanya berlaku pada anak lembu yang masih diberi minum susu. Tanda-tanda penyakit:
(a) Cirit-birit: najis berbau busuk atau berwarna putih.
(b) Kawasan punggung dan ekor kotor dengan najis cair.
(c) Kurang minum susu
(d) Lemah

Cara mengatasi penyakit cirit birit:
(a) Kurangkan susu jika anak lembu minum banyak susu.
(b) Kandang dan tempat makanan mestilah bersih.
(c) Asingkan yang sakit.

Rawatan:
(a) Letakkan anak di tempat bersih atau di atas rumput kering.
(b) Beri ubat Kaolin atau Scourban Plus.
(c) Suntik antibiotik. Contoh, Streptomycin, Penicilin atau Oxytetracyline.
(d) Minta pertolongan dari doktor Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang terdekat atau doktor swasta.


Gambarajah 3.1.7a: Najis Lembu Cirit Birit

6.1.8 Keracunan (Poisoned)

Kebiasaannya, lembu akan tersalah ragut rumput yang telah disembur racun seperti:
(a) Racun yang disembur ke atas rumput di kebun getah atau kelapa sawit.
(b) Racun serangga atau racun tikus.
(c) Baja rumput (Baja Urea)
(d) Jauhkan bahan-bahan beracun daripada ternakan
(e) Simpan bahan-bahan beracun
(f) di dalam bilik atau stor.

Tanda-tanda termakan racun:
(a) Lembu berak cair.
(b) Tiada selera makan.
(c) Mulut berair liur.
(d) Lemah.
(e) Gelisah.
(f) Koma. (Kes serius).
(g) Kematian.

Rawatan:
(a) Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang berdekatan untuk kenal pasti racun yang dimakan.
(b) Sekiranya lembu yang diberi oleh pihak kerajaan mati, buat laporan kepada polis, JPV terdekat dan pembekal lembu EPP 13.
(c) Pertolongan cemas: beri air kelapa melalui mulut.

6.1.9 Tekanan atau Stress

Langkah-langkah berikut harus diambil perhatian oleh para penternak dalam mengurangkan tekanan atau stress terhadap lembu yang baru diimport:
(a) Kurangkan tekanan atau stress kepada lembu semasa mengangkut mereka dari lapangan kapal terbang KLIA atau pelabuhan ke ladang ternakan.
(b) Jangan pukul haiwan semasa masukkan lembu ke dalam lori atau semasa turun dari lori.
(c) Lori yang disediakan khas untuk ternakan harus mempunyai lantai yang berpasir setinggi 5 hingga 6 inci. Ini menggelakkan lembu darpada terjatuh akibat lantai yang licin kerana dipenuhi air kencing dan tahi lembu.

Rawatan:
(a) Stress pack
(b) Vitamin B Complex
(c) Penggunaan Dextrose I/V. Dapatkan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau doktor swasta.
(d) Rehatkan lembu tersebut.

6.1.10 Kembung (Bloating)

Tanda-tanda lembu menghidap penyakit kembung adalah seperti berikut:
(a) Bahagian kiri perut bengkak.
(b) Apabila dipicit terdapat gas.
(c) Ternakan tidak selesa atau gelisah

Rawatan:
(a) Beri minyak Bloating atau Bloat Remedy.
(b) Kes serius: Cucuk perut bahagian kiri dengan Trocha & canular untuk mengeluarkan gas yang berada di dalam perut ternakan.
(c) Minta pertolongan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau doktor swasta.


Gambarajah 3.1.10: Lembu Menghidap Kembung (Bloating)

6.2 Pencegahan Penyakit

Sebagai langkah pencegahan awal daripada merebaknya kuman atau virus antara lembu-lembu tenusu, pastikan lembu sedia ada mestilah berada di kandang berasingan daripada lembu yang baru masuk ke kandang atau ladang. Lembu-lembu baru baru mestilah bebas dari penyakit-penyakit seperti berikut:
(a) Penyakit kuku dan mulut:
Foot Mouth Disease (FMD)
(b) Batuk kering: Tuberculosis (TB)
(c) Keguguran (Abortion)
(d) Penyakit Ambing susu (Mastitis)
(e) Cirit-birit
(f) Cacing
(g) Sakit mata (Pink Eye)
(h) Kutu di badan
(i) Kurap (Mange)

6.3 Mineral Khas Untuk Lembu Tenusu

Jadual 3.3a: Mineral Khas Untuk Lembu Tenusu

Mineral

Berat (g)

Calcium

150

Fosforus

50

Magnesium

25

Cobalt

0.005

Kuprum

0.25

Selenium

0.01

Sulfur

50

Zink

4

Vitamin A,D,E,K

Mengikut berat badan


Fungsi utama mineral khas adalah seperti berikut:

(a) Mencegah kematian janin (fetus).
(b) Mengelakkan anak lembu yang dilahirkan lemah dan cacat.
(c) Mengurangkan demam selama tiga
(3) hari atau dikenali sebagai “Milk Fever” selepas melahirkan anak.
(d) Memperbaiki keseimbangan pH rumen (Perut Pertama).
(e) Membantu Microbia Rumen.
(f) Bagi mengelakkan penyakit, campurkan mineral dalam makanan atau melalui kaedah “Mineral Block” (Batu Garam).
(g) Kadar bunting tinggi dan lembu akan cepat berahi.


Gambarajah 3.3b: Lembu Sedang Menjilat Mineral Block


Gambarajah 3.3c: Mineral Block


Gambarajah 3.3d: Mineral Premix