MADAC Prosedur kuarantin

Prosedur kuarantin


    1.1.1 Pintu Masuk Kandang
    1.1.2 Penyediaan Kandang Kuarantin
    1.1.3 Loading ramp
    1.1.4 Pembersihan Dan Disinfeksi Kandang Sebelum Kemasukan Lembu Baru
    1.1.5 Penyediaan Makanan Untuk Lembu Baru
    1.1.6 Kesihatan Lembu Sedia Ada Di Kandang
    1.1.7 Suntikan Vaksin Untuk Lembu Baru

 

PENGENALAN KUARANTIN

Kuarantin bermaksud penahanan wajib berasingan bagi ternakan yang baru dan yang lama. Prosedur kuarantin perlu sekiranya mana-mana ternakan baru di bawa masuk ke kawasan kandang/ladang kita bagi mencegah penyakit-penyakit berjangkit atau “zoonotik” (boleh menjangkiti manusia) dari menjangkiti ternakan sedia ada di dalam kandang/ladang kita.

Sebelum lembu import tiba di ladang ternakan, para penternak WAJIB mengetahui dan mengambil langkah-langkah standard penjagaan kebersihan ladang ternakan atau “biosekuriti” bagi memastikan ladang ternakan bebas daripada kuman atau penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan lembu import yang baru sampai.

Para penternak juga WAJIB melakukan proses kuarantin keatas lembu import yang baru sampai dan lembu yang sedia ada di ladang ternakan.

Kebiasaannya, tempoh kuarantin untuk lembu import yang baru sampai adalah selama sebulan.

Manual ini akan menerangkan langkah-langkah biosekuriti ladang ternakan dan proses kuarantin untuk lembu import yang baru sampai.

FUNGSI KUARANTIN:-

  1. Berperanan sebagai kawalan dan pencegahan kemasukan penyakit-penyakit eksotik serta zoonotik.
  2. Sebagai tempoh penyesuaian ternakan dalam mengadaptasi tempat dan cara pengurusan di kandang/ladang anda.
  3. Pengesanan awal tanda-tanda klinikal penyakit pada ternakan yang dikuarantin.
  4. Dalam tempoh kuarantin tersebut, pengambilan darah, serum dan program vaksinasi dilakukan pada ternakan yang baru masuk.

 

1.1 PINTU MASUK KANDANG

1.1.1. Setelah lembu import tiba di Lapangan Terbang KLIA, lembu-lembu ini akan diangkut ke ladang ternakan menggunakan lori yang telah sedia menunggu. Lori akan mengangkut lembu import ke ladang ternakan yang telah ditentukan.

1.1.2. Olehitu, amat penting untuk para penternak memastikan dan menyediakan kawalan kebersihan di pintu masuk ladangnya terutama kawalan kebersihan terhadap lori yang akan menghantar lembu import.

1.1.3. Kebiasaannya, pintu masuk ladang ternakan mempunyai wheelbath dan footbath, sebagai salah satu langkah biosekuriti terhadap kenderaan yang keluar masuk.





Gambar 1: footbath dan wheelbath

 

1.1.4. Sekiranya, ladang ternakan anda tidak mempunyai wheelbath dan footbath, penternak boleh disinfeksi pintu masuk dengan menabur disinfectan seperti kapur atau mana-mana produk penyahkuman

 

Gambar 2: Omnicide nisbah campuran 1 : 100 (1ml omnicide 100ml air bersih)

 

1.2 LOADING RAMP

1.2.1. Setelah lembu  import sampai kekandang, ternakan hendaklah
Diturunkan dengan berhati-hati,untuk menurunkan lembu daripada lori untuk mengelakan kecederaan dan kenguguran anak di dalam perut, Olehitu, penternak hendaklah membina loading ramp.

 

1.2.2. Loading ramp hendaklah kukuh dan selamat semasa menurunkan lembu yang  baru sampai.

1.2.3. Disini ada beberapa contoh loading ramp yang murah untuk penternak yang tidak mempunyai benda tersebut.

 

1.3 PENYEDIAAN KANDANG KUARANTIN

1.3.1 Sebelum lembu import sampai, penternak harus menyediakan tempat kuarantin bagi lembu import. Terdapat 2 kaedah penyediaan kandang kuarantin untuk lembu import :

Kaedah I – Menyediakan kandang kuarantin dengan jarak 10 meter dariKandang lembu sedia ada

Kaedah II – Menyediakan tempat kuarantin di dalam satu kandang yang sama dengan lembu sedia ada tetapi bahagian tengah kandang dikosongkan

1.3.2  Sebagai penghadang antara kandang, dicadangkan agar menggunakan bahan jenis “netting” sebagai langkah pencegahan agar bakteria, protozoa jenis anaerobic iaitu boleh bergerak melalui udara tidak merebak antara ternakan baru dan ternakan sedia ada.

Kawasan yang dilorekkan adalah penghadang yang diperlukan demi mencegah penyebaran bakteria, protozoa, atau penyakit yang boleh bergerak melalui udara

Contoh bahan “netting” yang disarankan sebagai penghadang

 

1.4 PEMBERSIHAN DAN DISINFEKSI KANDANG SEBELUM KEMASUKAN LEMBU BARU

1.4.1 Pastikan kandang sedia ada dan kandang kuarantin dicuci dan bersih dari segala kotoran seperti najis dan air kencing lembu.

1.4.2Cucian pertama taburkan bahan disinfektan kekawasan permukaan lantai kandang termasuk longkang, tiang-tiang kandang, palung makanan dan minuman.

1.4.3 Dicuci kali kedua menggunakan air paip.

1.4.4 Selepas cucian kedua, tabur semula kapur dan tunggu sehingga lembu import sampai dan bersihkan sebelum lembu baru dimasukkan kedalam kandang.

 

Gambar rajah: Kerja-kerja pembersihan kandang dan disinfeksi menggunakan kapur sebelum ketibaan lembu

 

1.5 PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK LEMBU BARU

1.5.1  Lembu import dari Australia khususnya memerlukan penjagaan rapi semasa dalam tempoh kuarantin. Ini kerana lembu import Australia mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan cuaca‘panas lembap’ di Negara kita.

Stresspack

a. Apabila tiba di ladang ternakan, perubahan keadaan persekitaran menyebabkan lembu import akan mengalami masalah tekanan atau stress.                      

b. Para penternak diharuskan menyedia dan memberi Stresspack untuk setiap ekor lembu.

c. Campurkan 5gm serbuk Stresspack kedalam 8 liter air untuk air minuman semasa kuarantin.

d. Beri Stresspack untuk 7 hari yang pertama dari tarikh lembu import sampai di ladang ternakan.

Rumput
Beri rumput muda angaran seberat 40 hingga 60 kg untuk setiap ekor lembu Contoh, Rumput Napier seperti gambar di sebelah.        

Dedak lembu bunting                                                                                                   
Beri Dedak Lembu Bunting  sebanyak 6 - 10 kg untuk setiap ekor lembu. Contoh dedak seperti di sebelah.

Air bersih

Sediakan air bersih bukan dari kolam atau sungai tetapi daripada sumber air bersih yang dirawat contohnya air paip.   Bekalan air mestilah secukupnya di dalam palong dan tidak putus, ini kerana air merupakan elemen penting sebagai maintenance tubuh badan ternakan dan untuk pengeluaran susu. Contoh sumber bekalan air bersih seperti gambar di sebelah





 

1.6 KESIHATAN LEMBU SEDIA ADA DI KANDANG

1.5.1. Para penternak WAJIB memastikan kesihatan lembu yang sedia ada di  kandang adalah dalam keadaan memuaskan sebelum ketibaan lembu import. Ini kerana dikhuatiri lembu sedia ada di kandang membawa penyakit kepada lembu import yang baru sampai.

1.5.2. Panggil Doktor Veterinar untuk melakukan pemeriksaan kesihatan keatas lembu sedia ada. Kebiasaannya,  Doktor Veterinar akan melakukan ujian darah atau blood test pada setiap lembu yang sedia ada di kandang.

1.5.3. Sekiranya didapati lembu tersebut menghidapi penyakit seperti mastitis, bloating, Foot and Mouth Disease (FMD) dan seumpamanya, ikut arahan seterusnya yang diberikan oleh Doktor Veterinar dalam mengendalikan lembu yang berpenyakit ini.

 

1.7 SUNTIKAN VAKSIN UNTUK LEMBU YANG BARU TIBA

1.7.1. Suntikan vaksin untuk lembu import yang baru sampai adalah sangat penting untuk memastikan lembu mempunyai antibody dan daya tahan tubuh yang kuat bagi melawan sebarang kuman dan penyakit.

1.7.2. Apabila lembu import sudah sampai di ladang ternakan anda, panggil Doktor Veterinar untuk melakukan suntikan vaksin. Maklumkan 2 minggu sebelum ketibaan ternakan baru. Suntikan vaksin akan diulang 6 bulan sekali pada tahun berikutnya.

1.7.3. Suntikan vaksin yang harus diberikan dalam tempoh kuarantin ini adalah seperti berikut: