MADAC Pemberian Makanan Yang Seimbang

 

4. PEMBERIAN MAKANAN

    4.1. Kepentingan Makanan Seimbang Untuk Lembu Tenusu 

    4.2. Kesan Makanan Yang Tidak Seimbang Kepada Lembu Tenusu

    4.3. Jenis Makanan Yang Sesuai

    4.4. Skim Makanan Untuk Pengeluaran Susu Yang Baik

    4.5. Kepentingan Makanan Konsentrat

    4.6. Pengurusan Pemberian Makanan Kepada Lembu Tenusu

 

PENGENALAN PEMBERIAN MAKANAN

Pemberian makanan yang seimbang adalah faktor utama dalam pengurusan. Selain itu, pemberian makanan yang seimbang perlu selain meningkatkan kadar pengeluaran susu ke tahap optimum, ia juga memberi keperluan yang cukup kepada lembu untuk maintenance tubuh badan dan juga meningkatkan antibodi ternakan. Tanpa pemberian makanan yang mencukupi, ternakan mudah dijangkiti penyakit malahan pengeluaran susu terjejas dan memberi kesan drastik kos operasi sesebuah ladang tenusu.

 

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG UNTUK LEMBU TENUSU

Kepentingan makanan seimbang untuk lembu tenusu amat penting untuk:

    (a) Kesihatan lembu.

    (b) Kenaikan berat badan lembu

    (c) Semasa lembu mengandung

    (d) Semasa lembu mengeluarkan susu

    (e) Untuk anak lembu membesar dan sihat.

 

Gambarajah 4.1: Lembu Sihat

 

4.2 KESAN MAKANAN TIDAK SEIMBANG KEPADA LEMBU TENUSU

Sekiranya makanan seimbang tidak diberi:

    (a) Pengeluaran susu akan berkurangan.

    (b) Kesukaran untuk bunting sama ada menggunakan kaedah AI atau Pejantan

    (c) Dystokia (kesukaran untuk melahirkan anak) kerana kekurangan tenaga

    (d) Pembesaran anak lembu akan terbantut.

    (e) Lembu menjadi kurus dan mati

    (f) Lembu akan mudah dijangkiti penyakit

    (g) Harga lembu yang sakit atau kurus akan jatuh

 

Gambarajah 4.2: Lembu Kurus dan keadaan fizikal yang tidak memuaskan

 

4.3 JENIS MAKANAN

Antara jenis - jenis makanan seimbang untuk lembu tenusu adalah seperti berikut:

  1. Rumput muda (30 - 40 hari) dan bukan rumput tua yang sudah berbunga. 40 hingga 60 kg rumput/ekor/hari atau 40 tan bahan kering/ha/tahun. Contoh, rumput Napier Taiwan.
  2. Mengandungi 12-14% protein dan 68 % tenaga.
  3. Konsentrat mengandungi protein, tenaga, vitamin dan zat galian. 1 kg konsentrat untuk 2 ½ liter susu.
  4. Garam dan galian fosfat atau kalsium (Mineral Block) atau Mineral Premix dicampur dengan konsentrat.
  5. Air bersih yang tidak panas lebih baik jika bekalan air tidak putus.
  6. Dalam susu kandungan air adalah 85% hingga 87%. Lembu perlu air yang cukup dalam makanan sehari. Air hendaklah sentiasa ada apabila lembu dahaga.

 

Gambarajah 4.3 a: Rumput Napier

 

Gambarajah 4.3 b: Petai Belalang dan Murungai (Protein Tinggi)





Gambarajah 4.3 c: Konsentrat

 

Gambarajah 4.3 c: Konsentrat

 

4.4 SKIM MAKANAN UNTUK PENGELUARAN SUSU YANG BAIK

Untuk pengeluaran susu yang banyak dan berkualiti, lembu tenusu hendaklah diberi makanan seimbang seperti:

  1. Rumput berkualiti - 10% berat badan lembu tenusu. 40 hingga 50 kg rumput sehari. Contoh, rumput Napier / Guinea.
  2. Sentiasa ada makanan di palong atau ‘At Lib’ sentiasa ada air bersih. Bukan air dari kolam atau sungai.
  3. Air untuk pengeluaran susu dan penyejukkan badan

      (i) Membantu proses penghadaman makanan di 4 bahagian perut.

      (ii) Rumput segar mengandungi 80% air dan sekurang-kurangnya 20% bahan kering (DM), rumput kering dan konsentrat mengandungi sebanyak 85-90 DM.

  4. Tenaga

      (i) Banyak tenaga digunakan dalam proses pembesaran, pengeluaran susu dan pembiakan.

  5. Protein

      (i) Diperlukan untuk tumbesaran, membaiki tisu, pengeluaran enzim dan hormon

      (ii) Pengeluaran susu berkualiti

      (iii) Pengeluaran air mani berkualiti dari baka jantan

 

4.5 KEPENTINGAN MAKANAN KONSENTRAT

    Kebiasaannya, penternak tenusu membeli konsentrat dari koperasi atau ejen yang berdekatan dengan ladangnya. Konsentrat ini mengandungi protein antara 14% hingga 19% Crude Protein (CP). Konsentrat yang mengandungi 16% CP adalah baik. Konsentrat diberikan pada lembu tenusu kerana kualiti rumputnya yang rendah protein

    Jadual 4.5 a: Keperluan Konsentrat Mengikut Kadar Pengeluaran Susu

     

    Pengeluaran Susu/Lembu/Hari

    Konsentrat Yang Diperlukan (kg)/sehari

    5 liter susu

    2

    10 liter susu

    4

    15 liter susu

    6

    20 liter susu

    8

    25 liter susu

    10

    Lembu kering (Bunting)

    1 – 2

    Air (at Lib) : 40 - 50 Liter / seekor untuk lembu dewasa

    Jangan hadkan air. Rumput mesti sentiasa ada di palong.

 

Sisa-sisa pertanian seperti ‘Palm Kernel Cake’ (PKC), hampas ikan, jerami padi dan ubi kayu juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan dengan makanan seimbang (Balanced Ration and Minerals).

 

Jadual 4.5b: Klasifikasi Makanan Tambahan

 

4.6 PENGURUSAN PEMBERIAN MAKANAN KEPADA LEMBU TENUSU

    (a) Lembu tenusu memerlukan air yang bersih iaitu 77 hingga 90 liter sehari terutamanya pada musim cuaca panas untuk menyejukkan badan. Para penternak sangat digalakkan memberi air ‘At Lib’ yang bersuhu sejuk kepada lembu-lembu mereka kerana apabila lembu dahaga, air untuk diminum hendaklah sentiasa ada. JANGAN HADKAN AIR.

    (b) Rumput yang dimakan hanya menyumbang sedikit pengeluaran susu pada lembu. Oleh itu penternak hendaklah memberi kosentrat yang berkualiti untuk mendapatkan lebih pengeluaran susu yang banyak.

    (c) Kebiasaannya, penternak akan memberi 1 kg DCP untuk setiap 2 ½ liter susu. Ini adalah ‘Rule of Thumb’.

    (d) Pembelian DCP atau ‘Dairy Cattle Pellet’ dari kilang atau ejen tetapi boleh dikurangkan dengan pemberian konsentrat yang dihasilkan daripada sisa-sisa pertanian dan bahan-bahan tempatan.

    (e) Makanan seimbang atau ‘Balanced Ration’ adalah amat penting untuk mencapai ‘Target Yield’ iaitu lebih dari 15 liter susu sehari.

    (f) Dengan adanya manual ini, para penternak dapat menjadikan ia sebagai panduan dan rujukan dalam pemberian makanan berkualiti dan seimbang.

 

‘GOOD BALANCED FEEDING GIVE GOOD PROFIT’