MADAC Pengurusan Pembiakan

Pengurusan Pembiakan


4.1 PENGURUSAN PEMBIAKAN:-

4.1.1 PEMBIAKAN TABIEE (PEJANTAN)
4.1.2 PEMBIAKAN SECARA PERMANIAN BERADAS (AI)


4.2 PEMERIKSAAN KEBUNTINGAN (PD):-

4.2.1 KAEDAH PEMPALPATAN
4.2.2 PERINGKAT KEBUNTINGAN
4.2.3 KESILAPAN SEMASA PEMERIKSAAN KEBUNTINGAN
4.2.4 PEMAKANAN UNTUK LEMBU BUNTING
4.2.5 TANDA AKHIR BUNTING
4.2.6 TANDA HENDAK BERANAK



4.1 PEMBIAKAN TABIEE (PEJANTAN)

4.1.1 PENGURUSAN PEMBIAKAN

Memasukkan pejantan ( yang lulus ujian BSE-Breeding Soundness Evaluations) kedalam kumpulan heifer yang matang atau yang telah boleh dibiakan.

  • Lakukan pemeriksaan kebuntingan pada setiap bulan, kira peratus kebuntingan, asingkan kumpulan bunting
Jika peratus bunting menurun, lakukan ujian BSE ke atas pejantan, semak berat badan, status kesihatan, lakukan penyesuaian makanan jika perlu





Menggunakan pejantan




4.1.2 PEMBIAKAN SECARA PERMANIAN BERADAS (AI)

  • Menyertakan kitaran biang boleh dilakukan ke atas heifer dengan menggunakan hormon-hormon tertentu (PROSTAGLANDIN), pendekatan ini membolehkan ternakan di suntik pada masa yang sama.
  • Pembiakan secara permanian beradas memerlukan :





4.2 PEMERIKSAAN KEBUNGTINGAN ATAU PEMPALPATAN (PALPATION)

Pempalpatan atau palpation adalah satu cara untuk mengesan kebuntingan lembu, ia berdasarkan penemuan fetus dan embrio didalam salur pembiakan.

  • Kaedah ini adalah dengan memasukan tangan didalam rektum dan menpalpat tanduk uterus untuk mengenalpasti lembu itu bunting atau tidak.
Kaedah ini adalah paling efektif, senang dan murah untuk memeriksa kebuntingan.





Cara pempalpatan




4.2.1 KAEDAH PEMPALPATAN UTERUS ATAU REKTUM (UTERINE ATAU RECTAL PALPATION)

1. Tahu kedudukan organ pembiakan betina (anatomi)
2. Periksa keseluruhan uterus
3. Rasa konsistensi uterus

  • cecair amniotik
  • Fetus
  • Kotiledon / placentomes




4.2.2 PERINGKAT KEBUNTINGAN

1. 1- 2 bulan ( hari ke 0 - 30)

  • Perlukan kemahiran
  • Tidak digalakkan kerana risiko gugur tinggi
  • Palpat dengan lembut dan rasakan corpus luteum pada hujung tanduk uterus,GRIP OF FINGER & THUMB dan Membrane slip
  • Membran Slip dikesan selepas hari ke 30. Tempat terbaik untuk merasa adalah pada bahagian tanduk uterus.
  • Dilakukan hanya oleh orang yang berpengalaman sahaja digalakkan
  • Elakkan daripada merosakkan embrio atau kerosakkan pada embrio akan menyebabkan keguguran

1-2 bulan bunting




2. 1 - 2 bulan (hari ke 35 hingga 62 )

  • Perlukan kemahiran
  • Elak keguguran
  • Tanduk uterus yang aktif dan ada embrio menjadi lurus dan tidak menbengkok
  • Diameter salah satu tanduk uterus bertambah atau membesar dan saiz yang bergitu ketara
  • Badan rahim dan tanduk rahim mula dipenuhi cecair (fluid)
Apabila menpalpat, tangan boleh digerakkan melingkungi keseluruhan tanduk uterus.

2 - 3 bulan bunting

 




3. 2 - 3 bulan ( hari ke 62 ke 90 )


  • Kedudukan servik bergerak sedikit kehadapan dan tanduk rahim berada dihadapan “pelvic brim” dan sebahagian lagi berada di ruang ronga abdomen
  • Diameter 10 - 16 cm
  • Keadaan tanduk uterus tidak lagi bersimentri
  • Perbezaan saiz ketara pada hari ke 90
  • Fetus sebesar saiz tikus
  • Keadaan ini agak sukar untuk mengerakkan tangan spenuhnya ke sekeliling tanduk rahim

3-4 bulan bunting




3. 4 - 5 bulan (hari ke 120 – 150)

  • Keseluruhan servik sudah berada melepasi tulang punggung “ pelvic brim”
  • Badan dan tanduk rahim tidak mudah dipalpat
  • lebih sukar untuk dilakukan
  • Pada masa ini saiz fetus  adalah sebesar kucing dewasa  2 hingga 3 kg (150 hari)
  • Saiz Diameter kotiledon adalah  2 cm (120 hari) dan 3 cm (150 hari) atau sebesar duit 20sen




4.2.3 KESILAPAN SEMASA PEMERIKSAAN KEBUNTINGAN

  • Pundi kencing disangkakan tanduk uterus yang bunting
  • Rumen atau perut yang mengandungi makanan yang banyak disangkakan bahagian fetus
  • Limpa disangkakan bahagian fetus
  • Penyakit dalam organ pembiakkan
  • Pyometra (pengumpulan nanah)
  • Hidrometra (pengumpulan cecair)




4.2.4 PEMAKANAN UNTUK LEMBU BUNTING

Pada masa ini pemanakanan adalah penting untuk membantu lembu tersebut membesarkan anak didalam kandungan dan menjaga tubuh badan lembu itu sendiri, oleh itu penternak hendaklah memilih makanan yang sesuai untuk keadaan ternakan. Ini kerana makanan yang kos yang tinggi tetapi tidak memberikan input yang sebenar adalah salah, ia kerana pada masa ini lembu tidak mengeluarkan ouput yang dikehendaki iaitu susu.



Makanan yang cukup untuk lembu mengandung



Rumput yang mencukupi




4.2.5 TANDA AKHIR BUNTING

  • Ambing dan puting susu semakin besar dan kolustrum mula terhasil
  • Vulva membengkak
  • Pangkal ekor terangkat





4.2.6 TANDA HENDAK BERANAK

  • Ternakkan resah gelisah dan mengasingkan diri dari kumpulan
  • Kadar pengambilan makanan tinggi
  • Denyut nadi dan kadar pernafasan meningkat
  • Vulva membengkak sehingga 6 kali saiz biasa
  • Lendir keluar melalui vulva
  • Kelihatan water bag keluar dari vuvlva

 



Vulva membengkak



Ambing susu membesar



Water bag



Diambang melahirkan anak