MADAC PENGENALAN PENGURUSAN

PENGENALAN PENGURUSAN


Pengurusan untuk kelahiran dan pembesaran anak lembu adalah sangat penting untuk masa hadapan untuk terus mengekalkan dan memperkembangkan aktiviti penternakan kerana ia menyumbangkan kepada stok gentian bagi menganti stok induk yang tidak produktif, sakit, tua, mati dan sebagainya. Dengan ini pengurusan anak lembu perlulah cekap dan menjurus kepada mengurangkan kematian, anak lembu yang sihat dan pembesaran anak lembu yang baik bergantung kepada pengurusan yang cekap.


1. PENGURUSAN ANAK BARU LAHIR HINGGA 2 BULAN:-

1.1. CARTA ALIR PENGURUSAN

  1.1.1 CARTA ALIR PENGURUSAN

1.2. ANAK LEMBU

  1.2.1	CARTA ALIR KERJA PENGURUSAN ANAK  LEMBU

1.3. PENGURUSAN ANAK LEMBU

  1.3.1	SEMASA KELAHIRAN
  1.3.2	SELEPAS KELAHIRAN

1.4. PEMAKANAN ANAK LEMBU 0-2 BULAN

  1.4.1	KOLOSTRUM
  1.4.2	PEMBERIAN KOLOSTRUM

1.5. PEMBERIAN SUSU DAN PENUKARAN MAKANAN

  1.2.1	PEMBERIAN SUSU DAN PENUKARAN MAKANAN

1.6. PEMAKANAN ANAK LEMBU 0-2 BULAN

  1.6.1 PENGENALAN TERNAKAN
  1.6.2 NYAH TANDUK
  1.6.3 SUPERNUMERARY


















1.3 PENGURUSAN ANAK LEMBU



1.3.1 SEMASA KELAHIRAN

Ibu-ibu lembu yang akan melahirkan anak hendaklah di asingkan di tempat yang:

  • Bersih
  • Selesa
  • Terasing daripada ternakan yang lain
  • Lantai yang lembut ( BEDDED )
  • Tempat yang terang
  • Pengudaraan yang baik

1.3.2 SELEPAS KELAHIRAN

Biarkan ibu bersama anak untuk seketika waktu, sekiranya anak di lahirkan secara normal. Ibu lembu akan menjilat anak tersebut, ia merupakan proses membersihkan dan mengeringkan  bulu serta badan termasuk hidung dan mulut. Proses ini juga dapat merangsang perjalanan darah dan juga sistem penafasan.
Jikalau ibu tersebut tidak melakukan perkara tersebut penternak hendaklah

  • Membersihkan lendir tersebut
Membantu penafasan dengan membuang “ fetus membrane”, cecair dalam mulut, hidung dan dada perlahan-lahan sehingga anak itu bernafas dengan normal

  • Keringkan badan anak dengan tuala yang bersih
  • Anak lembu yang sihat akan bangun selepas 30 minit dilahirkan dan akan
mendekati ibu untuk minum susu atau bantu dengan memberi susu kolostrum dengan botol.

 



Melahirkan anak



Ibu membersihkan lendir pada anak



Membantu atau memberi anak susu






1.4 PEMAKANAN ANAK LEMBU HINGGA WEANING (CERAI SUSU 0 – 2 BULAN)


Anak lembu yang baru lahir hendaklah diberi susu kolostrum yang berwarna kuning dan pekat. Susu ini mengandungi lemak, protin, vitamin A.D.E, lexatif dan immunoglolin (ig).

1.4.1 KOLOSTRUM

  • Mengandungi antibodi daripada ibu untuk untuk melawan jangkitan kuman
  • Lembu yang telah berlaktasi memerlukan rehat 40 hari bagi memastikan antibody cukup ketika kelahiran
  • Pada kelahiran kedua ibu  akan menghasilkan kolostrum yang baik kerana ibu terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan dapat menghasilkan antibody bagi setiap penyakit

1.4.2 PEMBERIAN KOLOSTRUM

  • Pastikan atau beri anak lembu kolostrum (6% dari berat badan ) sebaik-baiknya dalam masa sejam selepas di lahirkan (1-6 jam)
  • Diberi selama 2 – 3 hari dengan jumlah 10% dari berat badan Makanan permulaan anak lembu
  • Penyerapan Ig oleh anak akan berkurang selepas 6 jam dan tiada penyerapan selepas 28 – 48 jam




Susu kolostrum dan susu biasa



Anak lembu menyusu







1.5 PEMBERIAN SUSU DAN PENUKARAN MAKANAN KEPADA CALF FEED (CF)


Diberikan bermula pada hari ke 4, Susu di berikan samada dalam bentuk

  • Susu segar
  • Susu gentian ( CMR )
  • Calf feed (CF)  

                                                      

  • Perubahan pemakanan ini penting untuk pembentukan rumen ( Meningkatkan bakteri atau protozoa di dalam perut )
  • Perlu diasuh ambil susu dengan botol atau baldi dan di tukarkan secara perlahan-lahan untuk pemakanan calf feed (CF). Petukaran pemakanan perlu diasuh setiap hari dan perlahan-lahan dengan cara
  • Meyapu pada mulut anak lembu atau dicampurkan ke dalam susu setiap hari sehingga anak lembu boleh mengambil dengan sendiri.
pengambilan 10% DARI BERAT BADAN adalah sebagai panduan. ianya berubah bergantung kepada saiz, status kesihatan, umur dan kadar kenaikan berat badan




Makanan permulaan anak lembu



Makanan dicampur dengan susu dan diasuh untuk makan






1.6 PENGURUSAN UMUM ANAK LEMBU SEHINGGA WEANING


1.6.1 PENGENALAN TERNAKAN
Pengenalan pada ternakan adalah penting bagi mengetahui status ternakan melalui aktiviti pemakanan, pembiakan dan sebagainya.
Setiap pengenalan ternakan yang baik perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kekal
  • Mudah dibaca
  • Mudah di pasang
  • Ekonomik
  • Mudah di fahami
Sesuai digunakan untuk kesemua peringkat umur






Tagging



Memasang TAG pada anak





1.6.2 NYAH TANDUK (DEHORNING)

  • Nyah tanduk bertujuan untuk mengurangkan kecederaan yang berpunca dari ternakan yang bertanduk dan memudahkan kekangan dan mengelakan penternak dari tercedera.
  • Kaedah “DEBUDDING” iaitu dengan menggunakan CAUSTIC PASTE adalah kaedah yang digunakan bagi tujuan nyah tanduk
untuk anak lembu 2 minggu hingga 1 bulan.




Dehorning





1.6.3 SUPERNUMERARY (EXTRA TEAT)

  • Anak lembu mungkin dilahirkan mempunyai lebih daripada 4 puting susu.
  • Kewujudan ini akan mencacatkan komformasi “udder” dan mungkin menghalang proses pemerahan susu, terutamanya apabila menggunakan mesin pemerahan.
  • Dibuang ketika anak berumur sekitar 1 hingga 2 bulan



Lebihan puting